Monday 27 May 2013

APAKAH PCOS?

PCOS?? amik ni dari blog dr.hamidarshad. Mintak izin ye doktor... namo marah-marah tau :)

bukan pe.. ai pun pcos gak,tp pcos yang tak obese.. still ok lagi la period pun alhamdulillah tiap-tiap bulan datang bertandang.. cumanye doktor sahkan ai pcos sbb doktor kata mungkin baka mak ayah ada kecing manis.. emmm ntah lah.. lagi satu doktor kata boleh tengok pada bulu-bulu roma yang banyak.."uisss mana la banyaknye doktor.. my aunty punya bulu roma lagi banyak la.. ada je dia anak huhuhuhu" itu jawapan ai masa doktor kat lppkn tu gtau.. then, dia jawap "aunty u lain, u lain.." huhuhuhu camtu pulops...

ok lah... check it out!!!

 
 
Topik-topik Polycystic Ovary (PCO)
:: Polycystic Ovary (PCO) mengancam kesuburan wanita Malaysia
:: Apakah tanda tanda penyakit Polycystic Ovary Syndrome?:: Apakah puncanya?
:: Ciri-ciri ovari dalam ultrasound.
:: Merawat polycystic ovari

:: Cara cara untuk mengawal kegemukan (obesity)

:: Meningkatkan kesuburan wanita.

:: Ubat subur Clomiphene

:: Ubat Metformine

:: Rawatan laparoscopy dan ovarian drilling


arrow_icon01.gifPolycystic Ovary Syndrome (PCOS) mengancam kesuburan wanita Malaysia
Wanita yang gemuk, pusingan haidnya tidak teratur dan tumbuh rambut pada kaki, badan atau muka berwaspadalah mungkin anda mengalami masalah kilang ovary bengkak atau ‘polycystic ovary’. (aku tak gemuk, haid dtg tiap-tiap bulan teratur, rambut tu mmg la ada..dah bakanye macam tu)

Polycystic Ovary Syndrom atau PCOs adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari pada seseorang wanita menjadi bengkak oleh sebab benih-benih telah terperangkap dalam ovari dan tidak boleh menetas pada waktu subur. Maka apabila berlaku keadaan seperti ini lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan berbagai jenis masalah kesuburan dan gangguan haid pada wanita tersebut. 

Gejala utama akibat PCOS ialah kemandulan, sukar untuk hamil dan bila hamil, mudah gugur. Ramai juga dikalangan pengidap PCOS yang mengalami masalah tidak datang haid untuk jangka waktu yang panjang, perdarahan haid yang banyak atau berpanjagan, masalah kegemokan/obesity dan ada yang bermasalah tumbuh rambut pada kaki dada dan muka.

Kejadian penyakit ini kian meningkat di kalangan wanita-wanita Malaysia ke taraf yang membimbangkan kerana ia menjejaskan kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak.
pcos1.gif












arrow_icon01.gif 


Apakah tanda-tanda penyakit Polycystic Ovary?


TIDAK SUBUR ATAU MANDUL. (eiiiiiiiiiiiiuuuuuww!! tak suka perkataan ni!!!)

Kebanyakan dari pesakit-pesakit PCO datang berjumpa doktor pakar sakit puan sebab sukar hendak hamil walaupun telah lama mencuba. Ada yang telah beberapa tahun berkahwin tetapi masih belum medapat zuriat. Ada yang berjaya mendapat anak pertama dan gagal untuk hamil lagi selepas itu. Ramai juga yang bolih hamil tetapi mudah gugur diperingkat awal kehamilan; malah ada yang berulang2 kali gugur.


Haruskah??

27 Mei 2013. 
Dah lama tinggalkan treatment kat LPPKN sejak first iui tak jadi ritu.. emmmmmmmm... tengah dok pikir nak proceed kat lppkn atau nak buat kat private. Rumah pulak dalam process pembinaan, nanti dah siap rumah pikir nak hias rumah pulak, nak buat kitchen cabinet lagi..perabut2 lagi..lambu,kipas etc.. uwaaaaaaaaaaa byk nak pakai duit..

kan best kalau jumpa duit banyak ni..hehe

Tapi umur dah banyak.. tak leh nak tanguh-tanguh lagi. Nanti takkan la umur dah 50 anak baru nak sekolah rendah.. owh!!! namo!namo!! (geleng kepala laju-laju) tapi kata orang better late than never betul tak? emmm tapi kalau dah itu takdirnya kenapa nak menolak.. emmm ye la, ye la... terima je la apa yang Allah nak bagi...Alhamdulillah.. asalkan ada baby sendiri aku sanggup Ya Allah...sanggup sangat-sangat.

Ok.. sekarang jugak kita survey doktor mana yang bagus hehehe

Friday 15 February 2013

Second IUI??

Clomid dah ambil bulan 12 hari tu.. lepas 1st IUI gagal. Sekarang ni dalam dilema samada nak teruskan untuk second IUI atau tidak.. kalau ikutkan discussion dengan doktor dulu, kite mintak rehat sampai bulan 3 baru nak proceed untuk second IUI.. Sekarang dah middle of February.. sebenarnya tak mampu rasanya nak menaruh harapan yang terlalu tinggi.. rasa sakit sangat-sangat perasaan ni.. tapi doktor kata, u will conceive, we will make u conceive asalkan u tak give up..oowhhh sesunguhnye memang dah give up nak jumpa doktor.. hubby pun macam tak sedia lagi nak buat second IUI ni... huhuhu macamana ni...

Ya Allah bantulah hamba Mu ini... sesungguhnya hamba Mu ini tidak kuat untuk melalui semua ini..


Berangan



Comel je kan ibu mengandung ni... nanti kite ngandung nanti mesti comel mcm ni kan... (cehhh berangan!! tapi apasalahnye kan berangan.. mana tau nanti jadi kenyataan... AMINNN)

Sebenarnya nak cite ni.. lately, buka je facebook mesti nampak status-status yang membuatkan hati kecil ni tersentuh..sedihhhhh :( tapi ye la.. tak kan kite nak harapkan orang jaga hati dan perasaan kite je kan.. dorang pun nak jugak share kegembiraan dorang bawak perut besar.. tapi kot ye pun jangan la mengeluh perut berat la..susah nak bangun bila baring la.. bila duduk pulak rasa sakit belakang la.. senyap-senyap sudah la.. paling kurang pun ngadu la kat suami.. tak yah la nak update status-status yang macam tu.. bila baca macam mengeluh pulak...

Okay.. moral of the story.. nanti bila kite tiba masa kite pulak pregnant.. kite tak mau ngeluh2 mcm tu.. nak senyap je kat dalam facebook (boleh?? hehe) kite nak share dgn encik suami and orang-orang terdekat je.. emmm bestnye bila berangan!! Harap angan-angan jadi kenyataan. :p


Sunday 13 January 2013

Azam 2013

Azam tahun 2013 kite.... nak mencapai azam tahun 2012 yang tak tercapai lagi hehe
Antaranya........ jeng jeng jeng!!!



1) Semestinya!! nak berusaha bersunguh2 nak ada baby.. - awal tahun 2012 dah start p treatment dan berusaha.. harap-harap tahun ni membuahkan hasil.. AMINNNNN



2) Nak ada rumah sendiri... tak sabar! tak sabar! tak sabar!! (ala2 mcm suara lisa surihani dalam cerita Istanbul aku datang hehe) - tahun 2012 dah start mencari dan memproses apa-apa yang patut.. so still dalam proses lagi.. harap-harap tahun ni membuahkan hasil gak... ahaks!!



3) Nak p bandung + jakarta.. nak shopping puas-puas.. - tahun 2012 dalam proses memujuk hubby sebab hubby kita memang tak suka pegi shopping huhuhu Alhamdulillah berjaya!!! soo... hujung bulan ni kite pegi la sana..... wowwwwiiieeeeeee!!!

Harap-harap tahun 2013 ni sume-sume ni menjadi kenyataan dan tercapai hendaknya... AMINNNNN!!!
yang paling-paling harap sangat-sangat yang NO 1 tu.... harap sangat-sangat. Ya Allah Ya Tuhan ku... kabulkan lah permintaan ku ini...

Saturday 22 December 2012

Akan tiba detik itu

Tetiba semalam disapa oleh seorang kawan lama.. Setelah bertanya khabar, dia bertanya pada kite..kite dah bape lama kawen? Kite jawaplah next week genap 4 tahun.. Dia memulakan cerita, dia dah kawen 6 tahun tapi.....masih berdua..owhh satu bot rupanya hehe jangan risau kawanku..jgn pernah mengeluh..semua ini ujian dari Allah. Kita kena redha dan bersabar menghadapi ujian yang satu ini. InsyaAllah akan tiba harinya nanti..
Sama-sama kita berdoa ok.. Luv u!!

Friday 21 December 2012

Insya Allah

                                                                                                                       doa

Allah tidak makbulkan doa kita straight Aaway bukan sebab Dia nak kecewakan kita. Dia nak kita berusaha, bukan berharap pada doa semata2 :)