Monday, 27 May 2013

APAKAH PCOS?

PCOS?? amik ni dari blog dr.hamidarshad. Mintak izin ye doktor... namo marah-marah tau :)

bukan pe.. ai pun pcos gak,tp pcos yang tak obese.. still ok lagi la period pun alhamdulillah tiap-tiap bulan datang bertandang.. cumanye doktor sahkan ai pcos sbb doktor kata mungkin baka mak ayah ada kecing manis.. emmm ntah lah.. lagi satu doktor kata boleh tengok pada bulu-bulu roma yang banyak.."uisss mana la banyaknye doktor.. my aunty punya bulu roma lagi banyak la.. ada je dia anak huhuhuhu" itu jawapan ai masa doktor kat lppkn tu gtau.. then, dia jawap "aunty u lain, u lain.." huhuhuhu camtu pulops...

ok lah... check it out!!!

 
 
Topik-topik Polycystic Ovary (PCO)
:: Polycystic Ovary (PCO) mengancam kesuburan wanita Malaysia
:: Apakah tanda tanda penyakit Polycystic Ovary Syndrome?:: Apakah puncanya?
:: Ciri-ciri ovari dalam ultrasound.
:: Merawat polycystic ovari

:: Cara cara untuk mengawal kegemukan (obesity)

:: Meningkatkan kesuburan wanita.

:: Ubat subur Clomiphene

:: Ubat Metformine

:: Rawatan laparoscopy dan ovarian drilling


arrow_icon01.gifPolycystic Ovary Syndrome (PCOS) mengancam kesuburan wanita Malaysia
Wanita yang gemuk, pusingan haidnya tidak teratur dan tumbuh rambut pada kaki, badan atau muka berwaspadalah mungkin anda mengalami masalah kilang ovary bengkak atau ‘polycystic ovary’. (aku tak gemuk, haid dtg tiap-tiap bulan teratur, rambut tu mmg la ada..dah bakanye macam tu)

Polycystic Ovary Syndrom atau PCOs adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari pada seseorang wanita menjadi bengkak oleh sebab benih-benih telah terperangkap dalam ovari dan tidak boleh menetas pada waktu subur. Maka apabila berlaku keadaan seperti ini lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan berbagai jenis masalah kesuburan dan gangguan haid pada wanita tersebut. 

Gejala utama akibat PCOS ialah kemandulan, sukar untuk hamil dan bila hamil, mudah gugur. Ramai juga dikalangan pengidap PCOS yang mengalami masalah tidak datang haid untuk jangka waktu yang panjang, perdarahan haid yang banyak atau berpanjagan, masalah kegemokan/obesity dan ada yang bermasalah tumbuh rambut pada kaki dada dan muka.

Kejadian penyakit ini kian meningkat di kalangan wanita-wanita Malaysia ke taraf yang membimbangkan kerana ia menjejaskan kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak.
pcos1.gif












arrow_icon01.gif 


Apakah tanda-tanda penyakit Polycystic Ovary?


TIDAK SUBUR ATAU MANDUL. (eiiiiiiiiiiiiuuuuuww!! tak suka perkataan ni!!!)

Kebanyakan dari pesakit-pesakit PCO datang berjumpa doktor pakar sakit puan sebab sukar hendak hamil walaupun telah lama mencuba. Ada yang telah beberapa tahun berkahwin tetapi masih belum medapat zuriat. Ada yang berjaya mendapat anak pertama dan gagal untuk hamil lagi selepas itu. Ramai juga yang bolih hamil tetapi mudah gugur diperingkat awal kehamilan; malah ada yang berulang2 kali gugur.


Haruskah??

27 Mei 2013. 
Dah lama tinggalkan treatment kat LPPKN sejak first iui tak jadi ritu.. emmmmmmmm... tengah dok pikir nak proceed kat lppkn atau nak buat kat private. Rumah pulak dalam process pembinaan, nanti dah siap rumah pikir nak hias rumah pulak, nak buat kitchen cabinet lagi..perabut2 lagi..lambu,kipas etc.. uwaaaaaaaaaaa byk nak pakai duit..

kan best kalau jumpa duit banyak ni..hehe

Tapi umur dah banyak.. tak leh nak tanguh-tanguh lagi. Nanti takkan la umur dah 50 anak baru nak sekolah rendah.. owh!!! namo!namo!! (geleng kepala laju-laju) tapi kata orang better late than never betul tak? emmm tapi kalau dah itu takdirnya kenapa nak menolak.. emmm ye la, ye la... terima je la apa yang Allah nak bagi...Alhamdulillah.. asalkan ada baby sendiri aku sanggup Ya Allah...sanggup sangat-sangat.

Ok.. sekarang jugak kita survey doktor mana yang bagus hehehe